suria

Vaksin Covid-19: 1.4 juta pendaftaran menerusi MySejahtera tidak lengkap

daftar vaksin

SERAMAI 1.4 juta individu didapati tidak melengkapkan pendataran mereka dengan lengkap untuk menerima vaksin Covid-19, menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, 1.4 juta individu itu hanya mengesahkan nama dan kad pengenalan melalui MySejahtera.

Beliau berkata, mereka bagaimanapun tidak menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan memasukkan alamat tempat tinggal.

"Ini mengakibatkan pendaftaran mereka tidak lengkap. 1.4 juta hanya mengesahkan identiti mereka sahaja.

"Proses pendaftaran yang lengkap diperlukan untuk kita memberi temu janji kepada mereka," katanya pada sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Turut sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, MySejahtera akan menghubungi pengguna yang belum melengkapkan pendaftaran melalui peringatan secara SMS.

"Pengguna akan menerima peringatan menerusi SMS mulai Isnin (15 Mac) untuk mengingatkan mereka supaya melengkapkan penilaian kesihatan mereka di MySejahtera," katanya.

Menurut Khairy, memasukkan alamat pengguna terkini merupakan bahagian penting untuk mendaftar program imunisasi, kerana ia akan menentukan di mana dan bila setiap individu akan menerima suntikan vaksin mereka.

"Memasukkan alamat semasa anda adalah sangat penting, kerana janji temu akan dibuat di pusat imunisasi terdekat," tambahnya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain