suria

1,219 kes baharu, 2 lagi korban Covid-19 pada Rabu

154 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 64 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,219 kes baharu, menjadikan keseluruhan 327,253 kes setakat Rabu.

Daripada 1,219 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat tujuh kes import dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: PKS dapat bantuan one-off RM1,000 menerusi GKP 3.0, pemain industri pelancongan bakal terima sehingga RM5,000

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 499 kes diikuti Sarawak (225), Johor (169) dan Pulau Pinang (69).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,220 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan dua kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,220 kes," ujarnya pada Rabu petang.

Sehingga hari ini, 1,346 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 310,958 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 154 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 64 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain