POLIS kini sedang menyiasat dakwaan membabitkan beberapa menteri yang merentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad. Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada penganjur terlbeih dahulu. Kata Wan Kamarul lagi, pihaknya membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi memulakan siasatan terhadap tuduhan berkenaan. Terdahulu gambar memaparkan beberapa menteri di sebuah majlis perkahwinan dimuat naik di sebuah akaun Instagram tular sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Bagaimanapun gambar tersebut kemudia dipadam. Pada Khamis, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengemukakan beberapa laporan mengenai menteri dan timbalan menteri yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Muda, pihaknya mendapat laporan tersebut melalui orang awam yang dibuat menerusi portal lapormenteri.com. - SINAR HARIAN Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!