KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia merekodkan 3,170 kes jangkitan Covid-19 akibat pergerakan rentas negeri bermula 1 Januari lalu hingga 21 Mac 2020. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad. Jelasnya, tiga negeri dengan rekod kes import tertinggi merupakan Kedah dengan 714 kes, diikuti Perak (582) dan Negeri Sembilan (370). "Kluster antara negeri adalah kluster yang melibatkan kes indeks yang dijangkiti oleh Covid-19 dari negeri lain dan seterusnya, mencetuskan jangkitan tempatan," katanya. Bagaimanapun katanya, terdapat penurunan angka jangkitan harian sejak pergerakan rentas negeri dilaksanakan. Tambahnya, walaupun negara ini menunjukkan penuruan angka jangkitan, rakyat harus selalu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. "Ini termasuk mematuhi larangan perjalanan antara negeri, kecuali untuk perkara kecemasan yang mana kelulusan diberikan oleh polis," katanya. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!