suria

Anwar jumpa bos SPRM Isnin ini

Anwar berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan SPRM. foto LOW LAY PHON/The Star

SATU pertemuan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada Isnin (22 Mac).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pertemuan tersebut akan diadakan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, pukul 3 petang.

"Ya, kita telah menetapkan tarikh temu janji. Saya akan bertemu Datuk Seri Anwar esok," kata Azam ketika dihubungi pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau tak lompat kamu tetap didera" - Anwar dakwa ada MP pembangkang diugut, disogok lompat parti... mahu jumpa bos SPRM

Anwar menerusi media sosial mengucapkan terima kasih kepada Azam di atas persetujuan untuk bertemu dengan beliau.

"Saya percaya usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa serta kedudukan adalah isu serius dan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk dari kalangan pembangkang dan masyarakat madani." ujar beliau.

Pada Selasa, Anwar menyuarakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan SPRM bagi membincangkan perkara itu, mendakwa beberapa ahli Parlimen pembangkang telah membuat laporan polis dan SPRM kerana mereka didakwa diberi ugutan atau pelawaan dengan pelbagai sogokan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN). - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain