SERAMAI tiga pekerja asing terbunuh dan seorang pengguna jalan raya cedera setelah sebuah kren pembinaan jatuh di sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Punca kejadian masih dalam siasatan. ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kemalangan di Lebuhraya SUKE, kren pembinaan hempap kereta... 2 maut "Pasukan Tindakan Kecemasan SUKE dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menutup lalu lintas di sana dan usaha menyelamat masih berterusan," kata seorang wakil SUKE dalam satu kenyataan pada Isnin. Terdahulu, dilaporkan dua pekerja binaan terbunuh sementara dua lagi dipercayai cedera parah setelah sebuah kren jatuh di atas sebuah kereta di tapak pembinaan lebuh raya di Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai di sini. Pemandu kereta itu, seorang rakyat Malaysia, cedera parah sementara dua pekerja binaan jatuh 36 meter (120 kaki) dari tapak pembinaan dan maut di tempat kejadian. Jurucakap JBPM Kuala Lumpur berkata, anggota bomba kini sedang menyelamatkan pekerja lain yang terperangkap di lokasi. "Kami menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.45 pagi dan 25 anggota bomba dari Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah dikerahkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan. Ini adalah insiden kedua yang melibatkan SUKE tahun ini, selepas lima orang terperangkap dalam sebuah van kilang yang sedang dalam perjalanan di Lebuhraya MRR2 dekat Bandar Tasik Selatan pada 3 Mac ketika sebahagian jejambat dalam pembinaan jatuh di atasnya sekitar jam 5.58 petang akibat dilanggar oleh treler yang membawa jentera berat. Dalam kejadian sebelumnya yang melibatkan van kilang, dua wanita terbunuh sementara tiga orang lagi cedera parah. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)