suria

Adun Permatang Pasir nafi tuduhan cabul wanita

Adun Permatang Pasir (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil.

SEORANG Adun daripada Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan dakwaan dirinya melakukan pencabulan seksual terhadap seorang wanita.

Adun Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil menjelaskan dia telah memberikan kenyataan kepada polis pada 18 Mac berhubung laporan yang dibuat oleh seorang wanita terhadapnya pada 16 Mac.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kes kena kuarantin di hari raya?

"Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Muhammad Faiz bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan polis.

"Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi membersihkan nama saya," katanya.

Muhammad Faiz yang juga anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dalam pada itu berjanji akan terus menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti biasa dan akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi dan keadilan sosial.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Faiz bertanding dan memenangi kerusi Dun Permatang Pasir dengan 9,708 undi, mengalahkan wakil PAS Muhammad Fauzi Yusoff dan Anuar Faisal Yahya dari Umno.

Peguam berusia 44 tahun itu merupakan bekas Ketua PAS Negeri Sembilan sebelum dia menyertai Amanah pada September 2015. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain