suria

Helikopter terhempas di Lapangan Terbang Subang

Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada Rabu.

SEBUAH helikopter jenis Airbus H125 terhempas di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang, Selangor pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata, dua lelaki cedera sementara tiga yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kita menerima panggilan pada pukul 9.47 pagi dan pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Tiada kebakaran akibat nahas itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau menambah, salah seorang mangsa mengalami patah kaki dan cedera di kepala, manakala sorang lagi mengalami kecederaan ringan di kaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua mangsa yang terlibat dalam nahas itu telah dihantar ke hospital berdekatan.

"Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan sedang melakukan siasatan," tambah beliau. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain