suria

RON97 naik 2 sen! Harga RON95, diesel kekal untuk tempoh 1 hingga 7 April

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

HARGA runcit petrol RON97 naik dua sen seliter dari RM2.50 kepada RM2.52 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 April, menurut Kementerian Kewangan.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mekanisme harga bahan api mingguan diperkenalkan semula pada 5 Januari 2019, di bawah APM. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain