suria

Kemaluan tersekat dalam botol plastik, bomba datang selamatkan

Botol plastik yang dipotong oleh pasukan bomba bagi mengeluarkan kemaluan seorang lelaki.

SEORANG lelaki berusia 47 tahun melalui detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Julia Sani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Pontian berhubung insiden pada pukul 7.18 malam Ahad.

"Enam anggota dihantar ke hospital dan mendapati kemaluan seorang lelaki tersekat dalam botol plastik.

"Kita menggunakan peralatan pemotong khas bagi mengeluarkan kemaluannya dan usaha itu dapat dilakukan pada pukul 7.39 malam," katanya.

Julia berkata, pasukan bomba kemudian memastikan mangsa berada dalam keadaan baik. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain