suria

Rentas negeri untuk berbulan madu, suami isteri didenda RM2,500 kerana beri info palsu kepada polis

Pasangan itu dihukum penjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

PASANGAN suami isteri yang merentas negeri ke Johor kerana berbulan madu dihukum penjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana memberikan maklumat palsu kepada polis bulan lalu.

Menurut Sinar Harian, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, dan suaminya Azharique Shah Abdul Jalil, 23, dijatuhkan hukuman setelah mengaku bersalah kepada Majistret Wong Chai Sia.

Gambar pasangan berbulan madu itu menjadi viral di media sosial selepas mereka berkongsi cara untuk orang ramai merentas negeri.

Terdahulu, mereka telah mendapat kebenaran di balai polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan pergi ke Johor Baru untuk urusan kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu telah menyerahkan surat syarikat ke balai polis untuk mendapatkan izin. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain