suria

Tak sabar nak raya? Nantikan pengumuman minggu depan

Kerajaan akan mengumumkan SOP berkaitan Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan pada minggu depan.

PROSEDUR operasi standard (SOP) berkaitan Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan pada minggu depan.

Demikian kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat petang.

"SOP Hari Raya Aidilfitri oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang diperhalusi. Ada beberapa teguran terhadap cadangan dan ia sedang dikemaskini.

"Minggu depan kita akan umumkan SOP secara terperinci mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri," jelasnya.

Dalam sidang media sama, Ismail Sabri berkata pergerakan rentas negeri juga masih lagi tidak dibenarkan setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, beliau turut mengumumkan operasi bazar Aidilfitri akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi bermula Sabtu.

"Kami dengar rayuan yang dikemukakan oleh peniaga bazar Aidilfitri supaya lanjutkan tempoh waktu berniaga.

"Sepanjang Ramadan, kebanyakan pengunjung keluar selepas waktu Isyak atau selepas tarawih.

"Bila kita benarkan sehingga pukul 12, waktu berniaga mereka terlalu pendek.

"Jadi, mesyuarat bersetuju untuk lanjutkan perniagaan bazar Aidifitri sehingga pukul 2 pagi, berkuatkuasa esok," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain