suria

Anwar dipanggil ke Bukit Aman isu klip audio tular

Anwar dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman. foto LOW LAY PHON/The Star

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman.

Peguam, Datuk Sankara N. Nair mengesahkan dia akan menemani anak guamnya, pagi Selasa.

"Kita jangka berada di sana pukul 10 pagi," katanya ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio kaitkan dengan Ahmad Zahid hanya serangan politik - "Kalau betul... apa masalahnya?"

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid nafi wujud perbualan telefon dengan Anwar

Ketika ditanya, Sankara berkata, dia beranggapan Anwar dipanggil berhubung siasatan yang sedang berjalan membabitkan klip audio perbualan yang tular, didakwa merupakan panggilan telefon antara Anwar dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dilaporkan, polis akan merakam keterangan Ahmad Zahid dan Anwar berhubung klip audio yang kononnya mengandungi perbualan antara mereka.

Pada 7 April lalu, tular satu klip audio perbualan yang mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar, membincangkan prestasi pertama dalam perhimpunan agung Umno, baru-baru ini.

Dalam perbincangan itu juga disebutkan terdapat keperluan untuk mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi Umno untuk memberi mandat kepada presiden bagi membuat keputusan untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain