suria

“Hukuman terlalu tinggi...” - Ismail Sabri anggap kompaun RM50,000 terhadap peniaga burger tak patut

Ismail Sabri menyifatkan kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap peniaga burger di Kelantan itu terlalu tinggi.

KES peniaga burger di Kelantan yang dikenakan kompaun RM50,000 gara-gara menjalankan operasi melebihi masa yang ditetapkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Bagi saya, walaupun di luar bidang kuasa saya tetapi perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Hukumannya adalah terlalu tinggi," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Menurutnya, peniaga berkenaan ataupun mereka yang dikenakan kompaun boleh merayu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Dikompaun RM50,000, isteri peniaga burger dedah ada orang tak puas hati - “Kami hanya cari makan depan tangga rumah...”

"Kita tahu yang hukuman ini adalah di bawah bidang kuasa KKM dari segi pengurangan kompaun. Tadi saya lihat melalui media bahawa Menteri Undang-Undang (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) sudah pun memberikan penjelasan.

"Dibentangkan dengan terperinci dari segi jenis kesalahan dan jumlah saman yang kompaun patut dikenakan. Perkara ini sedang diambil tindakan oleh KKM. Jadi, kita tunggulah pengumuman atau pun kenyataan rasmi daripada KKM," katanya lagi.

Kisah peniaga burger berkenaan yang dikenakan kompaun RM50,000 oleh anggota polis menjadi tular sejak Isnin.

Menurut isteri kepada peniaga burger tersebut, Nor Laili Shafii yang dihubungi mStar, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan menyatakan gerainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah wanita berkenaan, ketika itu mereka sedang menyiapkan tempahan untuk pekerja kilang dan tiada pelanggan di gerainya.

Difahamkan, kompaun tersebut merupakan kes berulang selepas kali pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan dikompaun RM1,000.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain