suria

Penantian sia-sia... tiada pengumuman SOP Aidilfitri seperti dijanjikan - “100 kali masih bincang, bincang, bincang”

Jakim masih perhalusi SOP Aidilfitri bersama KKM dan MKN.

SUNGGUHPUN digembar-gemburkan sebelum ini, kerajaan bagaimanapun belum mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi perayaan Aidilfitri dalam sidang media hari ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), ini kerana perkara tersebut masih diperhalusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak raya? Nantikan pengumuman minggu depan

"Jakim masih memperhalusi SOP bersama KKM (Kementerian Kesihatan) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara).

"InsyaAllah setelah selesai kita akan umumkan dalam waktu terdekat.

"Mengenai kenyataan yang tular tentang aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan, itu adalah tidak benar... palsu. Saya tidak pernah umum lagi SOP Aidilfitri.

"Saya akan umumkan sambutan ketika Aidilfitri, solat Aidilfitri, ziarah tanah perkuburan... itu akan diumumkan nanti," katanya dalam sidang media pada petang Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, media melaporkan bahawa Ismail Sabri bakal mengumumkan SOP sempena Aidilfitri dalam sidang medianya pada petang Selasa.



Antara komen netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan masih belum mengumumkan SOP Aidilfitri hari ini.

Pengumuman terbaharu Ismail Sabri sebentar tadi itu membuatkan rata-rata netizen kecewa kerana merasakan penantian mereka sia-sia.

"Tak payahlah tunggu, tak umum pun. Masih bincang lagi.

"100 kali masih bincang... bincang... bincang.

"Janji dicapati... tunggu berjam-jam semata-mata untuk ini," demikian antara komen netizen.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain