DAKWAAN berhubung jenaka rogol oleh seorang guru lelaki ternyata menimbulkan kemarahan rakyat negara ini. Isu itu mendapat perhatian pelbagai pihak selepas seorang murid perempuan tampil membuat pendedahan, baru-baru ini. Terbaharu, Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan memandang remeh dakwaan oleh murid berkenaan. "Pertama sekali berkaitan dengan jenaka rogol yang dikatakan disebut oleh seorang guru, saya ingin jelaskan, kami di kementerian mengambil serius perkara ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kami tidak bertoleransi dengan perkara sebegini. Kita sedang melaksanakan siasatan yang mendalam," ujarnya menerusi sidang media pada Rabu petang. Tambah beliau, tindakan sewajarnya juga akan diambil selepas siasatan dilengkapkan. "Sekiranya didapati terdapat kes, maka tindakan sewajarnya dan tindakan tegas akan diambil ke atas kes tersebut," ujarnya. Terdahulu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol. Dakwa seorang pelajarnya, kejadian itu berlaku pada Jumaat ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan seorang guru lelaki. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!