suria

Lebih 130,000 pelajar universiti balik kampung untuk sambut raya

Mereka akan menaiki kenderaan mereka, dijemput oleh ibu bapa mereka atau menaiki bas yang ditentukan ke kampung halaman.

SAMBUTAN Hari Raya bagaikan sudah bermula apabila lebih 130,000 pelajar insitusi pengajian tinggi mula pulang ke kampung hari ini.

Kesemua mereka, kecuali dari Sarawak adalah sebahagian rakyat negara ini yang bernasib baik apabila diberi kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri untuk beraya bersama keluarga.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mereka akan menaiki kenderaan mereka, dijemput oleh ibu bapa mereka atau menaiki bas yang ditentukan ke kampung halaman.

Semua mereka akan berangkat secara berperingkat mulai hari ini hingga 12 Mei ini.

Pelajar yang menaiki kenderaan sendiri atau dijemput ibu bapa telah melengkapkan diri dengan surat kebenaran untuk perjalanan antara daerah dan antara negeri yang disediakan oleh universiti masing-masing.

Universiti Malaya (UM) berkata, kira-kira 2,300 pelajar mereka akan meninggalkan kampus dalam minggu berikutnya.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Arifin Abdu pula, universiti itu mempunyai kira-kira 6,000 pelajar yang akan pulang dengan 2,268 dijemput oleh ibu bapa, 1,590 pulang menggunakan kenderaan sendiri, dan 682 akan mengambil penerbangan.

Sementara itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, lebih daripada 200 kenderaan seperti bas, kenderaan serbaguna dan kereta akan digunakan untuk menghantar lebih daripada 16,000 pelajar dari 30 kampus UiTM kembali ke kampung halaman mereka di seluruh negara.

Untuk satu minggu berikutnya, pelajar-pelajar ini akan dapat menikmati masa mereka di rumah sebelum mereka kembali ke kampus antara 15 dan 20 Mei. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain