WALAPUPUN kita menyambut Syawal tahun ini masih dalam keadaan norma baru, namun ia sedikit tidak menjejaskan semangat menyambut Aidilfitri. Bagi 808 pelajar UPM kampus Serdang dan 356 pelajar UPM Kampus Bintulu yang tidak dapat pulang, mereka dijamu juadah raya pada 1 Syawal yang diagihkan oleh pihak pengurusan universiti. Turut terlibat bersama dalam pengagihan juadah tersebut di Kampus Serdang ialah Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr Arifin Abdu, pelajar juga disediakan makanan tengahari dan petang pada hari raya pertama dan kedua sumbangan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam, Hospital Pengajar UPM dan fakulti. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! Tinjauan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar semasa sesi agihan juadah raya oleh Ahli Pengurusan UPM Selain itu, setiap Kolej Kediaman turut dihiasi dengan lampu pelita di sekeliling tersebut bagi menghidupkan suasana hari raya dan mengubat kerinduan pelajar mahupun staf beraya dia kampung halaman Pelajar tahun tiga program Bacelor Sains Teknologi Kayu, Haslinda Tahir turut menzahirkan rasa bersyukur dengan keperihatinan UPM menyantuni pelajar yang tidak pulang. Keprihatinan yang ditunjukkan ini menghilangkan rasa sedih tidak dapat berhari bersama keluarga katanya. Bagi pelajar tahun ampat jurusan Bacelor Pendidikan, Muhammad Redzuan Roslan pula, merasakan keputusan beliau untuk kekal di kampus adalah suatu keputusan yang tepat kerana pengalaman ini memberikan pengajaran dan menginsafi betapa berharganya waktu bersama dengan keluarga dan beliau kini lebih yakin berdikari. Pelajar Master Sains Biokimia Maisarah Mohamed Zakaria memberitahu kehadiran pihak KPT dan pengurusan tertinggi universiti turun ke padang adalah satu rahmat sambutan hari raya dalam norma baharu pandemik Covid-19 ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]