suria

Plan pengantin 8 bulan tak menjadi, pertama kali terpaksa sambut raya di perantauan... sebak saat tengok isi bungkusan dikirim keluarga di Terengganu

Antara barang yang Daud (gambar kecil) terima daripada keluarga dan isterinya.

BAGI yang tinggal berdekatan dengan ibu bapa, ia merupakan satu nikmat kerana masih dapat berkumpul sekeluarga meraikan Aidilfitri.

Namun pasti ramai di antara kita yang mungkin tidak berpeluang menyambut hari raya bersama ahli keluarga yang lain disebabkan larangan merentas negeri.

Begitu juga bagi Muhamad Daud Mamat, 29, yang tidak dapat menahan sebak apabila menerima bungkusan dari keluarganya di tanah air dua minggu sebelum Syawal tiba.

Pemuda tersebut tidak dapat pulang ke kampung kerana komitmen kerja yang memerlukan dia berada di Singapura.

Rakaman visual yang dimuat naik ke TikTok meraih hampir 600,000 tontonan di aplikasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah sampai airport, sekeluarga terkedu tak dibenar terbang ke Sabah... genap 8 tahun beraya di perantauan - “Sampai tak ingat dah muka sepupu”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini simpati nasib anak perantau tak dapat balik kampung... harap rendang, lemang percuma yang dihantar malam raya ubat kerinduan masakan ibu

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mesra disapa Daud, ini merupakan kali pertama dia menyambut Aidilfitri di perantauan jauh dari isteri Norzarisa Mohd Zaki, 25, dan keluarganya.

Anak ke 10 daripada 13 beradik itu telah bekerja di Singapura selama empat tahun dan disebabkan keadaan pandemik ini, dia tidak dapat pulang semula ke Malaysia.

Daud dan Norzarisa baru sahaja berkahwin pada bulan Ogos tahun lalu.

"Sebelum pendemik in berlaku, saya boleh la keluar masuk ke Singapura. Cuma waktu kita mula-mula PKP pada Mac 2020, saya diarahkan untuk pulang semula ke Malaysia.

“Kemudian pada bulan Oktober, saya dipanggil masuk semula ke Singapura untuk bekerja. Ketika itu saya baru sahaja dua bulan berkahwin. Kami memang dah plan nak beli baju raya sama-sama semua.

"Bila dah jadi macam ni, memang terpaksa la pos barang tu ke sini. Paling sedih sebab mak saya hantar sejadah yang dia gunakan sendiri dalam kotak tu," katanya yang bekerja di Woodlands, Singapura.

Ini merupakan kali pertama Daud (dua, kanan) raya berjauhan dari ibu bapanya.

Antara barang yang dikirimkan oleh keluarganya ialah, sepasang baju Melayu, beberapa kuih raya dan kerepek serta sejadah milik ibunya Khatijah Abd Latef, 62.

Perkara itu membuatkan dirinya terasa sayu kerana ini merupakan kali pertama dia beraya tanpa keluarganya yang menetap di Besut, Terengganu.

"Isteri tanya jika saya ada nak apa-apa tak dan saya katakan cuma nak karipap mini sahaja.

"Waktu ternampak sejadah yang mak saya sendiri pakai, memang rasa sebak. Sebab kami memang selalu berhubung cuma kadang saya elakkan untuk video call dia kerana dia akan menangis setiap kali dihubungi," katanya.

Harap adik beradik lain yang tinggal dengan mak dan ayah saya tu dapat lah sambut Aidilfitri sama seperti mana yang kita selalu buat.

MUHAMAD DAUD MAMAT

Menurut Daud, mereka 13 beradik selalunya akan berkumpul di kampung mereka namun bilangan adik beradik yang pulang menyambut Aidilfitri semakin kurang kerana PKP sejak tahun lepas lagi disebabkan ramai diantara mereka menetap di negeri lain.

Daud berharap agar adik beradik yang tinggal bersama ibu bapanya itu dapat meraikan Aidilfitri seperti biasa walaupun tak ramai yang dapat pulang ke kampung.

"Harap adik beradik lain yang tinggal dengan mak dan ayah saya dapat sambut Aidilfitri sama seperti mana yang kita selalu buat," katanya yang bekerja di syarikat pembersihan di Kota Singa itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain