suria

KDN pandang serius ancaman keselamatan Israel, rakyat Malaysia diminta bertenang

Malaysia tegas dengan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin. Foto: Kena Betancur / AF)

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, KDN juga mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara.

"Justeru, saya meminta orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik," ujarnya menerusi kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, Malaysia tegas dengan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain