PENDAFTARAN pusingan kedua program pelaksanaan suntikan vaksin Covid-19 secara sukarela menggunakan AstraZeneca akan dibuka pada 23 Mei ini, dengan mengutamakan warga emas, kata Khairy Jamaluddin.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, selain Lembah Klang, pendaftaran tersebut kini diperluaskan ke negeri-negeri status zon merah iaitu Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
Negeri-negeri berkenaan mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 yang tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: 260,000 slot suntikan vaksin AstraZeneca habis ditempah
Beliau menambah, lebihan dos bagi program suntikan vaksin Covid-19 secara sukarela menggunakan AstraZeneca akan dibuka kepada individu berusia 60 tahun ke bawah, selepas 26 Mei. - The Star
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!