suria

Nama Yong Chee Kong tiba-tiba ungguli carian di Google... siapa ‘penderma’ misteri nak derma 2 juta dos vaksin Covid-19 kepada P.Pinang?

Nama Yong Chee Kong menjadi carian popular di internet sejak Rabu. Gambar hiasan

SEJAK semalam, nama Yong Chee Kong tiba-tiba menjadi terkenal dan mencatatkan jumlah carian tertinggi di internet.

Rakyat Malaysia ingin mengetahui gerangan 'individu misteri' itu yang dilaporkan menawarkan untuk menyumbang dua juta dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang.

Pencarian namanya di Google Trends, sebuah laman web oleh syarikat teknologi yang menganalisis populariti carian teratas dalam 'Google Search' di pelbagai wilayah menunjukkan bahawa perkataan 'Yong Chee Kong' mencatat lonjakan populariti di Malaysia sejak Rabu (19 Mei).

Menurut Google Trends, pencarian namanya oleh rakyat Malaysia sejak minggu lalu meningkat sehingga 100 mata dalam tempoh empat jam dari tengah hari hingga 4 petang pada hari Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kemeja-T, vaksin Covid-19 tak boleh dibeli online - KJ

Nilai 100 menunjukkan lonjakan tertinggi istilah carian, sementara nilai 50 bermaksud istilah berkenaan separa popular.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Selasa mendakwa kerajaan persekutuan cuba menyekat usaha Pulau Pinang untuk menerima sumbangan vaksin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun pada Rabu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tawaran sumbangan vaksin tersebut adalah palsu.



Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tawaran sumbangan vaksin tersebut adalah palsu.

Menurut Khairy, pemeriksaan pihaknya menunjukkan syarikat Xintai Development Enterprise LTD tidak wujud.

Khairy juga berkata Sinovac dan pemegang lesennya di Malaysia, Pharmaniaga, juga tidak dihubungi atau menerima pesanan daripada syarikat tersebut.

Beliau berkata, wanita yang dikatakan sebagai pegawai dari Sinovac yang menguruskan pasaran Asia, Coco Chang juga menafikan dihubungi oleh Xintai bagi tujuan tersebut.

Khairy turut mendedahkan pihaknya juga menerima permohonan sumbangan derma dua juta dos vaksin Sinovac kepada Sabah oleh syarikat berkenaan. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain