suria

PKP menyeluruh atau tidak? Kerajaan buat keputusan esok

Kerajaan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat mengenai cadangan melaksanakan PKP menyeluruh. Gambar hiasan

KEPUTUSAN sama ada kerajaan akan melaksanakan PKP menyeluruh seperti Mac 2020 atau "Full Lockdown" akan diputuskan esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.

Cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat (esok).

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum PKP seluruh negara, ziarah Aidilfitri tak dibenarkan

"Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan oleh pihak MKN, pilihan-pilihan yang kita ada.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Selama ini kita mengadakan PKP, PKPB, PKPP dan sebagainya, itu adalah langkah perlu diambil sama ada secara keseluruhan atau bersasar bergantung kepada keadaan," katanya.

Negara melaksanakan PKP menyeluruh pada Mac tahun lalu yang menyaksikan pergerakan merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan sama sekali.

Begitu juga premis perniagaan dan syarikat tidak dibenarkan beroperasi sama sekali, kecuali bagi sektor kritikal.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

PKP menyeluruh, MKN, Perdana Menteri

Artikel Lain