suria

‘Penderma’ vaksin kerajaan Pulau Pinang enggan tunjuk bukti - Khairy

Khairy menjelaskan individu berkenaan enggan mengemukakan bukti sumbangannya selepas diminta berbuat demikian. Foto: Bernama

INDIVIDU yang didakwa ingin menyumbang dua juta dos vaksin Covid-19 percuma kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang enggan menunjukkan bukti untuk melakukan perkara tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, seorang pegawainya sudah menghubungi lelaki yang didakwa ingin membuat sumbangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Yong Chee Kong tiba-tiba ungguli carian di Google... siapa ‘penderma’ misteri nak derma 2 juta dos vaksin Covid-19 kepada P.Pinang?

"Pegawai saya berhubung dengan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Yong Chee Kong.

"Pegawai saya bertanya kepada lelaki berkenaan jika dia mempunyai bukti sumbangan vaksin, jadi kerajaan dapat membantu menguruskan perkara tersebut.

"Lelaki itu berkata tidak. Dia berkata dia mempunyai wang dalam akaun di Hong Kong," tulis Khairy menerusi Twitter.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pegawai saya beritahu dia perlu menunjukkan bukti sumbangan tersebut atau membuat sumbangan rasmi kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Bukan dia yang akan membayar kepada mana-mana syarikat. Namun dia menolaknya,"tulis Khairy lagi.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menegaskan dia gembira untuk membantu urusan sumbangan berkenaan jika 'penyumbang' tersebut membuktikan dia boleh mendapatkan vaksin atau membuat sumbangan rasmi kepada kerajaan.

Terdahulu Khairy berkata, tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penipuan.

Khairy menjelaskan bahawa kerajaan negeri dibenarkan membeli vaksin mereka sendiri, selagi mana ia diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain