suria

Dakwaan langgar SOP, polis siasat pemimpin politik wanita ziarah Aidilfitri

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, polis sedang menyiasat laporan pelanggaran SOP membabitkan pemimpin politik tersebut. Foto: Bernama

SEBELUM ini media memaparkan kes beberapa ahli politik yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) membabitkan aktiviti ziarah ketika Aidilfitri.

Terbaharu, muncul pula kes membabaitkan seorang pemimpin politik wanita yang melakukan kesalahan sama.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, polis sedang menyiasat laporan pelanggaran SOP membabitkan pemimpin politik tersebut yang menjamu selera beramai-ramai serta mengunjungi rumah ahli keluarga pada Aidilfitri kedua lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ziarah Aidilfitri... bekas Adun Jabi, 3 tetamu dikompaun RM8,000

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan langgar SOP Aidilfitri... polis akan panggil Azmin Ali, ahli keluarga

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara berkenaan.

"Kami masih menjalankan siasatan selepas menerima satu laporan baru-baru ini," katanya pada Ahad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(4), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021.

Untuk rekod, semua aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 12 Mei hingga 7 Jun.

Terdahulu satu hantaran di laman Facebook (FB) milik wanita berkenaan yang dikatakan meraikan hari raya bersama adik beradik serta ahli keluarganya yang lain menjadi tular.

Gambar yang dimuat naik pada 14 Mei lalu itu memaparkan wanita terbabit yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bersama ahli keluarga termasuk beberapa anak saudaranya berkumpul di meja makan.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah dipadam selepas tular di media sosial. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain