suria

Gara-gara jam tangan PM, ramai kata kantoi program khas bukan ‘live’... Ras Adiba sahkan rakaman – “Fokus mesej yang disampaikan”

Netizen merujuk pada waku jam tangan yang dipakai Muhyiddin (bulatan merah) pukul 6 petang, sedangkan program tersebut bersiaran pukul 9 malam.

PROGRAM Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan RTM dan TV3, termasuk Bernama pada Ahad malam, mendapat perhatian ramai.

Manakan tidak, program yang disiarkan pada pukul 9 malam itu mengupas mengenai cabaran pandemik Covid-19 ketika negara mencatatkan peningkatan mendadak kes harian sehingga lebih 6,000 sejak beberapa hari lalu.

Namun, kecoh di media sosial apabila ramai yang mempertikaikan sama ada wawancara itu disiarkan secara langsung, gara-gara jam tangan yang dipakai perdana menteri yang dirakamkan ketika bersiaran menunjukkan pukul 6 petang, tiga jam lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau langgar, mereka tidak akan terlepas" - PM tegas tiada isu 'double standard' SOP Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: "Rakyat kata 'Apa bodoh perdana menteri'... tak apalah"

"Bicara Khas dengan Perdana Menteri dilakukan secara live (secara langsung) pada jam 9 malam, tetapi jam PM menunjukkan pukul 6. Adakah ia telah dirakamkan terlebih dahulu?” tulis seorang netizen.



Antara komen netizen di media sosial.

"Ku sangkakan live, rupanya recorded (rakaman) haha," ujar seorang lagi netizen.

"Rupa-rupanya ada time difference (perbezaan waktu) waktu Semenanjung Malaysia dengan waktu siaran langsung dekat studio RTM... tiga jam berbeza semasa siaran langsung," komen netizen.

"Kantoilah pula," tambah yang lain.

Berdasarkan semakan, program itu disebut sebagai siaran ‘langsung’ oleh pihak TV3 dan Bernama di laman sosial masing-masing.



Foto kiri menunjukkan poster untuk siaran RTM dan Bernama, manakala foto kanan adalah poster 'siaran langsung' oleh TV3.

Susulan kekecohan di media sosial, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengesahkan bahawa program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan pada Ahad malam sebenarnya adalah rakaman yang dibuat pada Sabtu.

"Sebenarnya ia dibuat secara rakaman, bukannya live. Ia dirakamkan di RTM pada Sabtu," katanya ketika dihubungi.

Apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya

RAS ADIBA RADZI

Ditanya mengenai Bernama termasuk Bernama TV menyebut 'langsung' mengenai program itu di laman sosialnya, Ras Adiba yang merupakan Ahli Dewan Negara berkata, ia merujuk kepada waktu program itu bersiaran, dan bukannya ia disiarkan secara langsung.

"Perkataan 'langsung' itu merujuk kepada waktu rakaman program itu sedang on air atau sedang ke udara menerusi platform digital pada ketika ia bersiaran di saluran Bernama TV, bersama yang lain di RTM dan TV3. Kita tak sebut 'siaran langsung' ketika program itu ke udara," jelas beliau.



Pengumuman yang dibuat menerusi laman sosial Bernama.

Menerusi semakan, RTM dan Bernama tidak menyebut 'langsung' pada poster program tersebut, kecuali TV3 yang menyatakannya sebagai 'siaran langsung'.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, apa yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan oleh perdana menteri kepada masyarakat menerusi program berkenaan.

"Bagi saya, apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya.

"Fokus kita adalah sama-sama bersatu-padu dengan memainkan peranan masing-masing dalam keadaan semasa Covid-19 yang membimbangkan, kasihan dengan frontliners... kita semua kena sama-sama jaga diri," kata beliau sambil menasihat masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak.



Ras Adiba Radzi.

Menerusi wawancara yang berlangsung selama sejam itu, antara kupasan yang disampaikan adalah mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini, SOP, pemberian vaksin Covid-19 dan pemulihan aktiviti ekonomi negara ketika pandemik.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain