suria

Dr Noor Hisham kongsi gambar frontliners keletihan, beri gambaran situasi makin kritikal

Antara gambar yang dikongsikan oleh Dr Noor Hisham di Facebook.

BEBERAPA gambar petugas barisan hadapan (frontliners) perubatan yang keletihan, dengan ada yang basah kuyup dek peluh dan terbaring lesu sambil masih lengkap mengenakan pakaian perlindungan peribadi (PPE), memberi gambaran betapa penatnya golongan ini mendepani kes Covid-19 yang mencatatkan peningkatan saban hari.

Gambar-gambar tersebut dikongsikan di laman Facebook oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat.

"Gambar-gambar ini menghantar seribu makna," tulis Dr Noor Hisham pada hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin parah! Penggunaan katil ICU di hospital Lembah Klang cecah 113 peratus

Sekeping gambar menunjukkan seorang petugas tersandar keletihan di dinding dengan masih lengkap mengenakan sut PPE.

Sementara itu sekeping gambar lain menunjukkan seorang petugas yang lencun dengan peluh ketika baharu menanggalkan PPE.

Ini bukan kali pertama Dr Noor Hisham berkongsi gambar-gambar situasi ketika ini yang kritikal sebagai gesaannya agar rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantai jangkitan Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada 22 Mei, beliau memaklumkan bahawa sistem penjagaan kesihatan negara sudah mencapai kemuncaknya.

Ujar Dr Noor Hisham, kadar penggunaan katil ICU di seluruh negara hampir penuh dengan beberapa hospital beroperasi melebihi kapasiti.

Siituasi tersebut secara tidak langsung telah mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan.

Pada Jumaat, negara merekodkan 8,290 kes baharu positif Covid-19 sekaligus mencatatkan kes harian paling tinggi setakat ini. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain