suria

Selepas kes langgar SOP, kini Tajuddin disiasat SPRM

Pada Rabu lalu, Tajuddin dipecat sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

NAMA Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi menjadi perbualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi Prasarana: Khidmat Tajuddin ditamatkan serta-merta

Menurut laporan Sinar Harian, Tajuddin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kuasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Rabu lalu, Tajuddin dipecat sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Malah, beliau turut dikritik apabila sidang media nahas LRT pada Selasa lalu disifatkan tidak profesional.

Tindak-tanduk Tajuddin yang dikecam warganet sewaktu mengadakan sidang media berkaitan peristiwa kemalangan dua tren LRT yang menyebabkan sejumlah 47 penumpang cedera parah, manakala 166 lagi cedera ringan.

Dalam sidang media berkenaan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah 'normal dengan hanya dua tren bersama, saling bercium'.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain