suria

Khairuddin nafi gosip dengan bekas isteri pelakon

Khairuddin menafikan dirinya diperiksa di SJR Perasing dan gosip dengan bekas isteri seorang pelakon.

DATUK Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan khabar angin yang mendakwa beliau menjalin hubungan dengan usahawan wanita, yang dipercayai bekas isteri seorang pelakon.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu juga menafikan beliau ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Terengganu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus daripada parti Pas itu juga berkata kisah sensasi yang mengaitkan dirinya ketika ini tidak benar dan bertujuan untuk mencemarkan reputasinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairuddin diperiksa ketika lalui SJR di Perasing, siasatan sedang dilakukan - Polis

"Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

"Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar," katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik terdahulu mengesahkan Mohd Khairuddin diperiksa di SJR Perasing pada 16 Mei lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Beliau bersama penumpang lain ketika itu. Perkara ini telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Bukit Aman," katanya.

Isu Khairuddin diperiksa di SJR Perasing mula diperkatakan apabila satu mesej tular beberapa hari lalu mendakwa dia ditahan bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang selebriti. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain