suria

Khairuddin diperiksa ketika lalui SJR di Perasing, siasatan sedang dilakukan - Polis

Siasatan sedang dilakukan susulan laporan yang mendakwa bahawa Khairuddin diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing pada 16 Mei lalu.

POLIS kini menjalankan siasatan susulan laporan yang mendakwa bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing pada 16 Mei lalu.

Menerusi laporan Malaysiakini, perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Terengganu Roslee Chik.

Bagaimanapun, Roslee tidak mengulas dakwaan tular mengenai Ahli Parlimen Kuala Nerus itu diperiksa ketika menaiki kenderaan bersama seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar SOP kuarantin: Khairuddin hadir beri keterangan di Bukit Aman malam ini

Sementara itu Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar, ketika dihubungi portal berkenaan turut mengesahkan bahawa siasatan sedang dilakukan.

Namun katanya, polis membuka kertas inkuiri terlebih dahulu bagi memastikan sama ada terdapat kesalahan yang dilakukan dalam kejadian berkenaan.

"Kita akan panggil semua yang berkaitan dengan isu ini untuk pertanyaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di SJR dan jika ada berlaku apa-apa kesalahan," katanya dipetik daripada portal berkenaan.

Isu Khairuddin diperiksa di SJR Perasing mula diperkatakan apabila satu mesej tular beberapa hari lalu mendakwa dia ditahan bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang selebriti.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain