suria

Mall tutup sepanjang tempoh ‘total lockdown’, premis makanan dan barangan keperluan dibenar beroperasi

Kerajaan menguatkuasakan 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara bermula 1 Jun. Foto: Bernama

SEMUA pusat beli-belah atau shopping mall akan ditutup sepanjang tempoh 'total lockdown' bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Bagaimanapun, premis berkaitan keperluan asas seperti makanan dan barang keperluan di dalam pusat beli-belah dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad petang.

Selain itu, restoran, outlet makanan termasuk gerai di tepi jalan dibenarkan beroperasi, namun 'dine-in' masih tidak dibenarkan.

Pada Jumaat lalu, kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu ‘total lockdown’ mulai 1 Jun

Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) seperti yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain