SEMUA surat kebenaran perjalanan untuk urusan bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sebelum ini terbatal mulai 1 Jun 2021. Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kementerian-kementerian yang berkaitan akan mengeluarkan surat kebenaran perjalanan baharu untuk sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh 'total lockdown' yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021 ini.Bagaimanapun katanya, bagi perjalanan merentas negeri dan daerah untuk tujuan kecemasan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih boleh mengeluarkan surat kebenaran. ARTIKEL BERKAITAN: Mall tutup sepanjang tempoh ‘total lockdown’, premis makanan dan barangan keperluan dibenar beroperasi "Surat rentas negeri untuk urusan kerja tidak boleh lagi digunakan, ia akan tamat pada 31 Mei dan kementerian-kementerian akan keluarkan surat baharu berkaitan kerja."Tapi untuk kes-kes lain kita benarkan seperti kes kecemasan seperti kematian, keluarga sakit, nazak dan sebagainya... perkara ini boleh dirujuk kepada PDRM," katanya pada sidang media Ahad petang.Ismail Sabri berkata, Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja pada Isnin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan untuk berada dalam kenderaan persendirian bagi tujuan mendapatkan barang keperluan harian.Pergerakan yang dibenarkan adalah dalam radius 10 kilometer dari kediaman sepanjang tempoh 'total lockdown'. Pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!