suria

Ismail Sabri minta pasangan PJJ berkorban sepanjang 2 minggu ‘total lockdown’, tak boleh rentas negeri dan daerah

SOP kali ini berbeza dengan PKP sebelum ini yang membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh.

SEMUA rakyat perlu berkorban!

Demikian kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung sekatan perjalanan bagi pasangan suami-isteri jarak jauh (PJJ) sepanjang tempoh ‘total lockdown’ bermula 1 hingga 14 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mall tutup sepanjang tempoh ‘total lockdown’, premis makanan dan barangan keperluan dibenar beroperasi

"Apa yang perlu hari ini, semua rakyat perlu berkorban. Ada yang terpaksa tutup perniagaan, ada yang kena tutup kilang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jadi untuk PJJ, juga perlu berkorban dua minggu ini. Kami buat keputusan untuk tak benarkan pergerakan rentas daerah dan negeri bagi pasangan PJJ," ujarnya.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan total lockdown tersebut berkuatkuasa selama dua minggu.

Ia juga ternyata berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini yang membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri bagi pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan atas beberapa alasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain