suria

Mahu sebar video, gambar... polis buru suspek peras ugut ahli politik

Polis menerima laporan membabitkan seorang ahli politik yang diperas ugut melalui panggilan telefon.

POLIS menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang didakwa memeras ugut seorang ahli politik, dengan menyebarkan video dan gambar beliau di media sosial.

Ia susulan laporan polus yang diterima membabitkan seorang ahli politik yang diperas ugut melalui panggilan telefon supaya mendepositkan sejumlah wang ke dalam sebuah akaun.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, jika pengadu tidak mendepositkan wang seperti yang diminta, suspek akan menyebarkan video dan gambar pengadu di media sosial.

"Pada Sabtu lalu, kita menerima laporan daripada ahli politik ini yang memaklumkan beliau diperas ugut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan suspek.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan sekumpulan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Negeri Sembilan, meminta seorang pemimpin di negeri itu tampil untuk memberikan penjelasan berhubung penyebaran video aksi lucah yang tular sejak Jumaat lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penafian dilakukan oleh individu berkenaan kepada semua AJK Umno Bahagian. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain