SEBUAH kapal pengawal panta milik China dilaporkan telah menceroboh perairan Malaysia di luar Miri, hanya beberapa hari setelah kapal terbang tentera China dikesan berhampiran ruang udara Malaysia. Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri, Kapten Md Fauzi Othman, agensi itu menerima laporan mengenai kehadiran kapal China berhampiran Beting Patinggi Ali pada 4 Jun. ARTIKEL BERKAITAN: TUDM pintas 16 pesawat tentera China hampiri ruang udara Malaysia Juga dikenali sebagai Luconia Shoals, Beting Patinggi Ali terletak kira-kira 84 batu nautika (155 kilometer) dari perairan pantai Miri. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Aset dari APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawasi keadaan dengan teliti," kata Md Fauzi. Tambah beliau, aset tersebut dikerahkan dekat Beting Patinggi Ali pada setiap masa untuk memantau kawasan itu dan menjaga kedaulatan negara. Pada 3 Jun, Wisma Putra memanggil Duta Besar China ke Malaysia dan menyerahkan nota bantahan Malaysia sebagai tindak balas kepada insiden yang melibatkan penerbangan oleh pesawat tentera China di ruang udara Malaysia di luar pantai Sarawak TUDM berkata, 16 pesawat itu dikesan terbang dalam formasi taktikal berhampiran Luconia Shoals. - The Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!