suria

Pimpinan parti politik dijangka menghadap Agong mulai esok

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dijangka memulakan sesi pertemuan dengan pemimpin Bersatu.

BEBERAPA siri pertemuan peringkat tertinggi akan berlangsung minggu ini berkemungkinan bagi merangka landskap politik baru di kala Proklamasi Darurat yang dijangka berakhir penghujung Ogos ini.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan terima mengadap barisan pemimpin parti-parti politik mulai esok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut sumber politik yang berada dalam peringkat tertinggi, perjumpaan pertama bersama Agong adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia esok.

Difahamkan selepas Bersatu, Agong dijangka bertemu pemimpin DAP dan PKR pada hari Khamis, dan seterusnya pemimpin Parti Pejuang Tanah Air dan Umno pada Jumaat.

"Agong hanya ingin mendengar dan membenarkan mereka menyampaikan pandangan mereka," kata sumber itu ringkas.

Spekulasi dalam arena politik sedang bertiup kencang setelah Datuk Khairuddin Abu Hassan, penyokong setia Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu hantaran samar-samar di Twitternya mengenai perkenan Agong untuk menerima menghadap barisan pemimpin parti-parti politik besar.

"Secara keseluruhan, rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu untuk mencari formula perpaduan untuk membina semula Malaysia demi kesejahteraan negara, negeri dan agama," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

ends.

Agong, Politik, Bersatu, DAP, UMNO

Artikel Lain