suria

Agong berkenan adakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu minggu depan

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Baginda.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada 16 Jun depan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu tersebut akan dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah.

"Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Serl Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda," kata beliau dalam satu kenyataan, petang Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ahmad Fadli berkata, sesi perbincangan itu berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Tambah beliau, perbincangan khas tersebut adalah kali kedua seumpamanya diadakan di lstana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari, 2019.

Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan pada 25 Oktober 2020 di lstana Negara.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain