KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu. Kenderaan model Jaguar berwarna hitam yang dinaiki Presiden PKR itu dilihat keluar dari pagar Istana Negara pada pukul 12.05 tengah hari. ARTIKEL BERKAITAN: Perdana Menteri tiba di Istana Negara Beliau kemudian keluar daripada kenderaannya dan mengadakan sidang media ringkas bersama petugas media yang menunggu di luar pintu Istana Negara. Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata dalam pertemuan berkenaan, beliau memohon agar Agong tidak melanjutkan Proklamasi Darurat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Tambahnya, Proklamasi Darurat tidak membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Anwar juga menegaskan persoalan untuk menukar kerajaan tidak dibangkitkan dalam pertemuan tersebut. Terdahulu, Anwar tiba di Istana Negara pada pukul 10.37 pagi. - THE STAR Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!