suria

Presiden Pas dipanggil menghadap Agong minggu ini

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menerima jemputan dari Istana Negara. Foto: Azlina Abdullah/The Star

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menerima undangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menerima menghadap Presiden Pas pada minggu ini, kerana beliau (Abdul Hadi) telah menerima undangan dari Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pimpinan parti politik dijangka menghadap Agong mulai esok

"Undangan telah dihantar kepada Abdul Hadi pada 4 Jun ke pejabatnya di Terengganu. Saya bukan orang yang sepatutnya untuk bercakap bilakah ia akan berlangsung.

"Saya juga tidak tahu apa yang akan dibincangkan dalam pertemuan itu," kata Takiyuddin ketika dihubungi pada Selasa (8 Jun).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah menerima undangan dari Istana Negara untuk menghadap.

Difahamkan, Al-Sultan Abdullah telah berkenan terima menghadap barisan pemimpin parti-parti politik mulai esok dan pertemuan itu berkemungkinan bagi merangka landskap politik baru di kala Proklamasi Darurat yang dijangka berakhir penghujung Ogos ini. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain