suria

KBS: Aktiviti berbasikal tak dibenarkan semasa PKP, berjoging hanya di kawasan kejiranan

Aktiviti berbasikal tidak dibenarkan sama sekali ketika PKP 3.0. Gambar hiasan.

AKTIVITI berbasikal tidak dibenarkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sedang dikuatkuasakan ketika ini, demikian menurut Kementerian Belia dan Sukan.

Ia juga menjelaskan bahawa semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak dibenarkan, kecuali untuk aktiviti berjoging dan bersenam di kawasan kejiranan tempat tinggal sendiri.

Aktiviti ini dibenarkan dengan jarak fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter, antara pukul 7 pagi hingga 8 malam.

Perkara itu dijelaskan dalam prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dikemas kini dan dipaparkan di Twitter pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Orang awam juga tidak perlu memakai topeng muka semasa melakukan aktiviti fizikal ini, tambahnya.

Tambahnya selain berjoging, aktiviti senaman berbentuk kecergasan kendiri setempat dijalankan secara individu tanpa bersentuhan adalah dibenarkan seperti regangan, kelenturan, bebanan, lari setempat, lompat tali, lompat bintang dan lain-lain yang bersesuaian.

"Aktiviti hendaklah dilakukan secara individu, setempat, terkawal, dan di kawasan terbuka serta di kawasan kejiranan," katanya.

Mengulasn berkaitan 'kawasan kejiranan', kementerian mendefinisikannya sebagai kawasan yang berdekatan dengan rumah seseorang tanpa perlu melangkau kejiranan lain.

"Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan disebarkan ke lokaliti atau kawasan lain," katanya. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

berbasikal, berjoging, bersenam, kejiranan, KBS

Artikel Lain