suria

Padah langgar SOP masuk gim, 5 pelanggan dan seorang penjaga premis dikompaun

Pemeriksaan mengenai pelanggaran SOP di sebuah gim di Jalan Bagan Luar, Butterworth.

ENAM lelaki di sebuah gim dikompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh seluruh negara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, seorang lelaki berusia 58 tahun, dipercayai penjaga gim dan lima lagi individu ditemui di premis berkenaan di Jalan Bagan Luar, Butterworth, kira-kira pukul 6 petang Selasa.

"Bila kita melakukan pemeriksaan di gim tersebut, penjaga premis memberitahu dia sedang menyusun peralatan dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bagaimanapun, siasatan lanjut mendedahkan lima lelaki lain termasuk seorang remaja bawah umur, sedang melakukan senaman di gim tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Noorzainy berkata, penjaga premis dikenakan kompaun RM10,000 kerana menjalankan operasi perniagaan yang tidak tersenarai sebagai perkhidmatan perlu, tanpa kebenaran.

"Mereka yang lain dikenakan kompaun RM2,000 seorang kerana melanggar SOP," tambahnya. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

langgar SOP, gim, kompaun, PKP,

Artikel Lain