suria

CGC beri jaminan peruntukan RM10 bilion bantu PKS berdepan kemelut Covid-19

CGC komited untuk terus memberi jaminan sehingga RM10 billion kepada usahawan PKS.

CREDIT Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) komited untuk terus memberi jaminan sehingga RM10 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

CGC dalam satu kenyataannya berkata jaminan kredit ini mula diberikan sejak April 2020 dan akan diteruskan sehingga Disember tahun ini.

"Sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 yang diadakan secara virtual pada 17 Jun CGC telah menegaskan sekali lagi komitmennya untuk menyokong PKS yang kini dalam usaha untuk membaik pulih perniagaan, bertunjangkan pada keberanian serta kemampuan untuk bangkit semula," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya suka ‘main-main gambar’, tapi hasil fotografi setanding jurugambar UK! Jurutera bongkar identiti di sebalik nama ‘Terengganu Celup’

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun hidu bau bangkai di lif pejabat, rupa-rupanya ada kucing derita sakit - “Anak dah mati, kepala masih dalam perut”

Pengerusi CGC Datuk Mohammed Hussein dalam ucapannya kepada pemegang saham berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pasti memberi kesan kepada pengusaha sektor PKS namun dia percaya pakej bantuan yang disediakan CGC dapat membantu mengurangkan kesan akibat PKP kali ini.

"CGC yakin terhadap pelbagai pakej bantuan termasuk Pemerkasa dan Pemerkasa Tambahan akan dapat membantu mengurangkan beban PKS

"Pakej-pakej bantuan ini serta Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang berjalan akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi Malaysia.

"Pada masa yang mencabar seperti ini, CGC akan terus memainkan peranan untuk menyokong kemampanan dan pemulihan PKS," katanya.



Pengerusi CGC Datuk Mohammed Hussein.

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak ketika membentangkan laporan kewangan CGC yang berakhir pada 31 Disember 2020 serta Prospek untuk tahun 2021 berkata walaupun berdepan dengan landskap ekonomi yang mencabar, CGC masih berupaya untuk mencatatkan prestasi yang baik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Prestasi ini, tambahnya didorong oleh matlamat CGC untuk membantu PKS dengan lebih baik melalui produk inovatif bagi memenuhi keperluan mereka di pelbagai peringkat perniagaan.

"Pandemik Covid-19 serta krisis ekonomi yang melanda mengakibatkan keuntungan bersih CGC berkurangan sebanyak RM106.8 juta (49.6 peratus) dari RM215.3 juta pada tahun 2019 kepada RM108.5 juta pada tahun 2020.

"CGC berjaya mencapai matlamatnya dalam Pelan Strategik 5 tahun (5SP) 2016 - 2020 dan kini telah memasuki tahun pertama 5SP 2021 - 2025.

"Matlamat CGC adalah untuk mengukuhkan inisiatif transformasi dan menjadi “Rakan Kemajuan PKS di Setiap Tahap Kehidupan” (Partner for MSME Growth Across Life Stages)," katanya.



Mesyuarat Agung Tahunan CGC ke-48 telah diadakan secara virtual pada 17 Jun.

Menyentuh mengenai inisiatif Beyond Guarantee, Mohd Zamree berkata CGC akan memanfaatkan platform rujukan pembiayaan dalam taliannya, imSME yang membolehkan PKS mendapat produk pembiayaan dalam talian secara mudah dan pada bila-bila masa.

Pada masa yang mencabar seperti ini, CGC akan terus memainkan peranan untuk menyokong kemampanan dan pemulihan PKS.

DATUK MOHAMMED HUSSEIN

PENGERUSI CGC

CGC turut menawarkan Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP@CGC) bagi meningkatkan peluang PKS memperolehi kelulusan pinjaman dari pihak bank sekiranya permohonan terdahulu mereka gagal.

"CGC tetap komited terhadap mandatnya dan yakin bahawa jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, gelombang pemulihan ekonomi boleh dicapai dalam masa terdekat," kata Mohd Zamree.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain