suria

Sayu... bapa Ebit tenat, masih sempat minta anaknya sempurnakan kerja - “InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat”

Ebit (kanan) memohon orang ramai mendoakan kesembuhan bapanya. foto FB Ebit Lew

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi diduga apabila keadaan kesihatan bapa kesayangannya semakin tenat.

Perkara itu dimaklumkan Ebit menerusi satu perkongsian di laman sosial.

Ebit bagaimanapun tidak dapat berada di samping bapanya kerana masih di luar negara ketika ini untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... Ebit Lew sedih lihat air mata bapa menahan sakit, terus doakan semua dapat ziarah orang tua tercinta - "Berat ujian berjauhan mak ayah"

ARTIKEL BERKAITAN: "Ustaz Ebit ada di hotel, tunggu peluang untuk masuk" - Rakyat Malaysia di Gaza

Justeru Ebit memohon semua pihak untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bapanya yang kini terlantar di hospital.

"Mohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Mohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku," tulisnya.



Perkongsian Ebit di laman sosial.

Menurut Ebit, dia berkesempatan untuk bercakap dengan bapanya menerusi panggilan telefon dan dinasihatkan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah.

"InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya," ujar Ebit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata pengikut Ebit termasuk selebtiti mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan.

"Semoga dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT buat ayahanda Ustaz Ebit Lew."

"Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin."

"InsyaAllah ustaz," demikian antara ribuan mesej di ruangan komen.



Ebit sewaktu menziarah bapanya di hospital, April lalu.

Pada April lalu dilaporkan bapa Ebit dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan.

Pendakwah itu juga sering menziarah dan menjaga bapanya sepanjang bapanya dirawat di hospital.

Ebit bagaimanapun tidak menjelaskan penyakit yang dialami bapanya, Ibrahim Lew, namun memberitahu kesihatan bapanya berusia 84 tahun itu merosot.

Ketika ini Ebit bersama pasukannya dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain