suria

Jangan sebar atau kongsi! KKM nafi mesej tular kononnya penerima vaksin Covid-19 mati selepas makan durian

KKM nafi mesej tular yang mengaitkan seorang lelaki penerima vaksin Covid-19 meninggal dunia selepas makan durian. - Gambar hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menafikan penularan maklumat di media sosial yang mendakwa kononnya seorang lelaki penerima vaksin Covid-19 meninggal dunia selepas makan durian.

"Berita palsu. Jangan sebar atau berkongsi," lapor The Star, memetik ciapan KKM menerusi Twitter, pada Rabu.

Ciapan tersebut adalah sebagai maklum balas terhadap mesej yang tular yang mendakwa seorang lelaki meninggal dunia kerana memakan durian, selepas menerima suntikan vaksin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mesej tersebut yang ditulis di dalam bahasa Inggeris kini menjadi tular di media sosial.

"Beritahu keluarga dan rakan jangan makan durian sebelum dan selepas mengambil vaksin. Seorang lelaki di kebun saya diberi suntikan vaksin dan datang ke kebun keesokannnya makan durian dan meninggal dunia. Kita kena berhati-hati. Nyawa sangat berharga, disebabkan enggan ambil peduli, nyawa melayang," tulis mesej tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain