iQiyi, peneraju streaming hiburan Asia berganding bahu bersama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk menggalakkan orang ramai mengambil vaksin melalui pemberian langganan iQiyi VIP berjumlah RM1.5 juta kepada rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin. iQiyi dan CITF dalam satu kenyataan bersama berkata program "iQiyi bersama rakyat Malaysia" ini merupakan tanda sokongan mereka terhadap usaha yang dilakukan CITF untuk menarik lebih ramai mendaftar serta menghadiri temu janji vaksinasi. Menurut kenyataan tersebut, pemberian langganan itu melibatkan lebih 3,000 kandungan Asia di platform iQiyi antarabangsa ini melalui advokasi dan inisiatif berasaskan ganjaran ke seluruh negara. ARTIKLE BERKAITAN : Antara gajet dan kerbau, mak pilih kerbau! Video si kecil tunggang Bobi raih lebih sejuta tontonan, baru seminggu ‘berkenalan’ langsung tak kekokARTIKLE BERKAITAN : Sekumpulan peguam tawar bantuan, prihatin nasib 2 sahabat terpaksa korek tabung bayar kompaun... disaman ketika keluar siapkan tugasan universiti Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata kerjasama ini penting dalam membantu kerajaan yang ini sedang berusaha mengekang penularan Covid-19. "Satu aspek penting untuk mengekang penularan Covid-19 adalah dengan bekerjasama. "Kerjasama antara syarikat awam dan swasta akan memberi mesej jelas bahawa semua pihak berperanan untuk menghalang penularan Covid-19 dan mempromosikan kesedaran vaksin. "Saya berharap kerjasama diantara iQiyi dan CITF ini akan mendorong lebih ramai rakyat negara ini mengambil vaksin, sambil menyebarkan mesej mengenai kepentingan duduk di rumah," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sementara itu Pengarah iQiyi di Malaysia, Singapore dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata siaran percuma ini diharap dapat menghiburkan rakyat Malaysia yang terpaksa melalui beberapa tahun yang agak sukar. "Kami sedar sukarnya situasi sejak beberapa tahun ini buat rakyat Malaysia. "Kami amat berbangga untuk berkerjasama dengan CITF dengan memberi langganan VIP kepada rakyat Malaysia yang telah mengambil vaksin. "Kami harap semua orang akan terhibur dengan kandungan Asia kami dikala mereka duduk di rumah dan semoga hiburan ini dapat meringankan tekanan yang mereka hadapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, ” katanya. Maklumat lanjut dan cara menebus baucar di https://iqiyibersamarakyat.com/. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! ends.