KERAJAAN memutuskan untuk melanjutkan waktu operasi premis kedai makan dan restoran, bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun (esok).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Ahad,
ARTIKEL BERKAITAN: PKP 3.0 dilanjutkan, tak berakhir 28 Jun - PM
Ismail Sabri berkata, sebelum ini operasi membabitkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
"Selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun," katanya.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengumumkan bahawa negara masih kekal berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 tamat pada 28 Jun.
Fasa 1 ini akan diteruskan sehingga nilai ambang PPN kurang 4,000 kes.
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!