suria

Langgar SOP: Tok Pa mohon maaf, serah siasatan kepada polis

Polis membuka kertas siasatan terhadap Tok Pa atas dakwaan melanggar SOP.

POLIS telah membuka satu kertas siasatan terhadap Datuk Seri Mustapa Mohamed atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, selepas gambarnya berada di sebuah kafe tular.

Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu meninjau sebuah kafe di Kampung Kalai di Jeli, Kelantan, pada petang Sabtu (26 Jun).

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Pa disahkan positif Covid-19

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya pada Ahad (27 Jun), Mustapa mengunjungi kafe tersebut untuk menemui seorang pengusaha muda berusia 26 tahun yang meneruskan perniagaannya walaupun berdepan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Datuk Seri Mustapa mengakui bahawa dia berada di Alfath Cafe di Kampung Kalai, Jeli, di mana dia juga dihidangkan makanan," kata kenyataan tersebut.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli, kemudian dihubungi Ketua Polis Daerah Jeli tengah hari Ahad, memaklumkan bahawa kertas siasatan telah pun dibuka berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadirannya di kafe tersebut.

Menurut kenyataan itu juga, Mustapa memohon maaf kerana melanggar SOP dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain