suria

Syukur! Ebit Lew tiba di Gaza diiringi tentera Mesir, kereta berperisai - “Kami team pertama di dunia dapat masuk melalui pintu Rafah selepas perang”

Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tentera Mesir.

"SYUKUR pada Allah."

Begitulah ungkapan yang disebut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Palestin.

Menerusi Instagram, Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tentera Mesir.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit tiba di Mesir, akan teruskan misi kemanusiaan ke Gaza

ARTIKEL BERKAITAN: Apa cerita Ebit Lew bersama 2 treler barang? Rakyat Malaysia di Gaza terima info tiada pergerakan masuk, doa urusan dipermudah

"Kami masuk dengan diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

"Menurut kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini," ujarnya kepada 5.2 juta pengikut Instagram.

Dalam pada itu, Ebit turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak Wisma Putra yang berterusan membantu pasukannya dalam misi itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej.

"Datuk Seri call Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus," ujarnya.

Selain itu, Ebit turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut sama menyumbang dan membantu misi itu.

Ebit dalam posting sama turut meluahkan rasa sebak apabila tiba ke sana yang mana ia disifatkan seperti kepulangan ke kampung halaman sendiri.

"Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini.

"Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut termasuklah Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

"Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ebit pada 27 Mei lalu memaklumkan dia dan pasukannya selamat tiba di Mesir dan membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang seterusnya akan dibawa ke Gaza.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain