suria

Berita baik! PM umum moratorium secara automatik untuk semua

Kerajaan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia menawarkan moratorium secara automatik bermula Julai 2021. -foto THE STAR/AZMAN GHANI

KERAJAAN bersetuju memberikan moratorium secara automatik selama enam bulan di bawah Pakej Pemulihan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin petang.

"Sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

"Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik," katanya.

Tambahnya, kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

"Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini.

"Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain