suria

Proses vaksinasi remaja akan dimulakan, warga emas dan OKU dapat RM30 tambang ke pusat vaksin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa proses vaksinasi remaja akan dimulakan manakala warga emas dan OKU dapat RM30 tambang ke pusat vaksin

KERAJAAN akan menambah bekalan vaksin bagi memulakan proses vaksinasi remaja terutama sekali anak-anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada Isnin berkata Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan terus diperkasakan melalui suntikan dana tambahan berjumlah RM400 juta bagi menambah bekalan vaksin negara.

"Ini bermakna, jumlah bekalan vaksin yang ditempah kerajaan adalah cukup untuk menampung 130 peratus populasi rakyat berbanding 120 peratus sebelum ini.

"Penambahan bekalan vaksin ini antara lainnya adalah sebagai stok penimbal tambahan serta bertujuan memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun.

"Anak-anak yang bakal menduduki SPM tahun ini akan diutamakan," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Penerima BPR akan terima bayaran secara berperingkat mulai esok, Bantuan Khas Covid-19 bermula Ogos

ARTIKEL BERKAITAN : PM umum diskaun elektrik sehingga 40 peratus, internet percuma diteruskan dan kawalan harga barang keperluan

Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang memantau rapat dan membuat kawalan ketat berikutan penularan varian Delta Plus yang telah menyebabkan beberapa buah negara kembali mencatatkan peningkatan jangkitan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu Muhyiddin berkata subsidi RM30 akan diberikan sebagai kos tambang teksi dan e-hailing kepada golongan OKU dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji mereka.

"Bagi memastikan golongan rentan tidak terkecuali daripada mendapatkan suntikan vaksin, beberapa program di peringkat komuniti juga akan disegerakan.

"Antaranya, pendaftaran untuk vaksinasi serta pemberian subsidi sehingga RM30 atas kos tambang teksi dan e-hailing untuk golongan OKU dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji mereka," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain